Wednesday, September 29, 2010

OUCH!~



there are million words i would like to say, but let me narrow it down to only three...

itu sangat menyakitkan.

saya telah jatuh cinta.



okey okey okey. aku nak confess. sekarang neh memang tengah meng-angau kan sorang mamat neh. ghiler comel. geram je aku tengok. rasa nak terkam. wakakaka. tambah pulak bila dia pegang gitar, buat jantung berdegup kencang. adoiiii. tolonglah cintakan saya in return, please please please?
i love you, Paolo Sousa.


klik di sini untuk video lagu Fall For You nyanyian beliau. sambil pejam mata dan bayangkan, konon-konon beliau nyanyikan lagu tersebut khas buat aku. sekian.

Tuesday, September 28, 2010

Life Lesson #1 : Jangan menipu, nanti kantoi.

tiba-tiba je nak buat edisi pengajaran di sini. ghiler. tak idea aku nak ber-blog setelah sekian lama tak menghadap blogspot. tapi takpe, hari neh aku ada masa yang sangat banyak nak melalut dan merepek. sila buka mata seperti lampu vespa, untuk perenggan berikutnya.

siapa yang tak pernah menipu, cepat mengaku ?! bohonglah kalau korang cakap, sekalipun tak pernah menipu. kita manusia biasa, bukan sempurna. lelaki perempuan sama je. tapi kalau nak tipu tu, janganlah tipu benda yang besar-besar dan bukan-bukan. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. tapi, orang sekarang neh, yang lecehnya, bila dah terkantoi menipu, dia tak nak mengaku. lebih teruk, dia cipta pulak satu cerita lain, untuk menyokong penipuan dia yang lepas, dan melepaskan diri dari terkantoi. dasat, bukan?

kita hidup dalam dunia neh bukan berseorangan. kita kongsi menghirup udara dengan makhluk tuhan yang lain. daripada anda nak hidup susah, kerana perlu ingat setiap pembohongan yang diberitahu, lebih baik anda relax je, tak perlu berbohong. jadi hidup tak perlu nak gusar.

(dedikasi buat 3 orang penipu terunggul yang pernah aku jumpa... anda tahu siapa anda!)

Monday, September 27, 2010

Main Gitar lagu neh, masyuk babe!

Wo ming bai Wo yao de ai
Hui ba wo chong huai
Xiang yi ge xiao hai Zhi dong zai ni huai li huai
Ni yao de ai Bu zhi she yi lai
Yao xiang ge da nan hai
Feng chui you ri sai
Sheng huo zi you zi zai

- Ni Yao De Ai -

Sunday, September 26, 2010

what a wonderful day!


sekian lama tak keluar dan tak tengok wayang. buat julung-julung kalinya, selepas hampir sebulan lebih "meringkuk" aku keluar jugak. 
tengok wayang 3D Legend of the Guardian. habis wayang, kepala pun sakit. sebab masalah "San Kuang", atau dalam bahasa, kita namakan Silau. double vision buat aku migraine terus.

tapi kalau dah wayang free, sape tak enjoy? kan? kan? 
dan perut diisi dengan Pizza Hut.
service teruk je. mungkin sebab tak ramai pekerja. jenuh jugak tunggu nak dapat menu.
tapi Lava Cheese sangat sangat mengiurkan.
tunggu aje la.

btw... korang suka ke, kalau nak order makan
kena tunggu lama-lama
macam kita neh bayar pakai duit thai bath je!
suka?

Friday, September 24, 2010

Kenapa dia tunjuk benda sulit, ye?

oh, tak faham aku. sangat tak faham. aku yang dah lama tak tengok tv, atau memang itu iklan baru? terlupa kejap iklan tuala wanita jenama apa. tapi, rasa macam tak boleh terima pulak, si Yuna neh maen loncat-loncat tunjuk tuala wanita. adoiiii. sangat kurang sopan rasanya.

Saya Kembali Menjadi Artist.

selama 4 tahun lamanya, meninggalkan terus bidang kegemaran. selama 4 tahun jugaklah, aku langsung terus melupakan sesuatu yang mengalir deras dalam darah dan nadi sendiri.

yes, aku kembali melukis, merakam dan mengabadikan pandangan melalui lukisan. satu kepuasan yang tak terhingga. esok, mahu serbu Popular, beli apa yang patut. apa lagi aku nak buat selepas doktor minta aku duduk diam-diam, apa lagi aku nak buat sementara nak tunggu hari untuk berehat selama 3 bulan selepas pembedahan? 

blog dan lukisan menjadi teman setia. uhuksss. selamat kembali dunia seni!

hidup memang begini.

siapa cakap hidup neh selamanya indah? tak, memang tak. tengah panas, datang hujan, datang ribut. tapi disebalik segala taufan yang menimpa, pasti dijanjikan pelangi. tentu akan berakhir segalanya. tak kiralah sama ada anda terus maju ke hadapan, ataupun riwayat anda tamat disitu. tapi jauh disudut hati, kita mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri. untuk menentang takdir, itu sangat mustahil.

bila kita meminta kekuatan, diberi Nya kita ujian untuk mengumpul ketabahan.
bila kita memohon kebahgiaan, dianugerah Nya pula peluang untuk mengejar rasa itu.
dan bila kita mengharap sinar kehidupan, kita diduga dalam kegelapan.
meraba-raba dan mengutip satu per satu semangat yang berbaki.

a Note to God

If I wrote a note to God
I would speak whats in my soul
I’d ask for all the hate to be swept away
For love to overflow
If I wrote a note to God
I’d pour my heart out on each page
I’d ask for war to end
For peace to mend this world
I’d say, I’d say, I’d say
Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it seems like so much is goin wrong
On this road…… we’re on
If I wrote a note to God
I’d say please help us find our way
End all the bitterness
Put some tenderness in our hearts
And I’d say, I’d say, I’d say
Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it looks like we haven’t got a clue
Need some help from you
Grant us the faith to carry on
Give us hope when it seems all hope is gone
Cause it seems like so much is goin wrong
On this road we’re on
No, no no no
We can’t do this on our own
So
Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it looks like we haven’t got a clue
Need some help from you
Grant us the faith to carry on
Give us hope when it seems all hope is gone
Cause it seems like so much is going wrong
On this road we’re on
No, no no no
We can’t do this on our own
So, So
If I wrote a note to God

-note to god; charice-

Thursday, September 23, 2010

Ruang untuk Komen Telah Dibuka

there's something wrong with comment moderation. pelik, rasa semacam terlupa macam mana nak guna blog. ahaha. hilang ingatan sebentar. sila sila sila, tinggalkan komen anda. namun begitu, perlu dinyatakan, anonymous yang ada phd tidak akan dilayan sama sekali. sekian

What Can Be More Annoying Than Having To Say You're Sorry

duduk disekeliling pesakit yang tak punya harapan untuk sembuh buat aku rasa sangat bersyukur. yeah, i know it sounds so cruel, i should have to show some sympathy towards those unfortunate people yang cuma dapat hidup untuk beberapa ketika. tapi aku juga tak boleh kikis betapa bertuahnya aku, walaupun kesihatan tak sesihat mana. ironik, kan?

what would you do, if the person who sit next to you beritahu anda, yang dia tak dapat hidup lama? apa yang anda perlu katakan bila wanita pertengahan umur di hadapan anda pula, bercerita, bahawa beliau menghidap dua cancer sekaligus? you cant just tell them that everything is gonna be alright, because deep inside your heart, you knew that they cant fix the situation. and to be exact, anda tahu bahawa mereka sememangnya tak punya banyak masa untuk hidup.

aku benci tunjukkan rasa simpati, dan terpaksa meminta maaf mendengar perkhabaran begitu. lebih-lebih lagi pada mereka. i dont know how many times people tell them their sorry. sometimes, showing your sympathy could be super annoying. satu perkara yang aku nampak dalam diri kedua penghidap cancer tahap ketiga tersebut adalah, tabah. benda yang mungkin tak ada pada aku. tapi orang cakap, Tuhan takkan uji kita lebih dari kemampuan kita. tabah ke aku? baru sakit sikit, hampir sebulan terbaring, berat badan turun mendadak, tinggal sekeping macam papan lapis. eh, bukan... bukan... aku bukan menghidap cancer. just so you know.

berbaring di sekeliling seorang pakar, 3 orang doktor, 3 orang jururawat dan seorang M.A buat aku rasa tak senang hati. leceh. tak boleh ke sorang je check aku? ramai-ramai gini, dah macam kes berat pulak. lepas sorang, sorang examine aku. tisu badan dicungkil-cungkil keluar dengan jarum yang maha besar. sakit? tak terperi rasanya. bayangkan lah, selagi tak dapat cungkil tisu yang diorang nakkan, selagi tu lah di cungkilnya isi kita.

insaf aku. sambil terfikir, macam mana rasanya penghidap cancer ye? dengar makcik tu cerita, badan kepala ditebuk sana sini. ah, Tuhan ajelah yang tahu. kembali syukur sekali lagi.

Wednesday, September 22, 2010

The Brand New Account

my previous account (http://www.fifirahmat.blogspot.com/) sudah di deactivated berikutan gangguan daripada saiko yang sama. stalk sana sini, ugut itu ini, sangat merimaskan. sorry peeps, tiba-tiba hilang macam tu je hampir sebulan. tutup blog tanpa apa-apa notis pemberitahuan. tapi sekarang dah punya blog baru, dan harap tak ada lagi gangguan saiko tersebut. moga-moga la ye...

Related Posts with Thumbnails