Monday, October 4, 2010

doktor hemsem, handbag baru, dan pilihan saya. ;)

lama tak update blog. busy ke hulu ke hilir. sambil-sambil menunggu hari Rabu yang sangat menakutkan. dan jugak menyakitkan. tapi, terasa sedikit lega bila dapat tatap muka doktor-doktor yang hemsem lagi bergaya dengan sepuas-puasnya. ahaha. ambillah spesimen apa pun, saya rela!!!!! auwwwww. oke, fine... tutup cerita doktor, kita singkap topik lain. semalam aku teruja, sebab bakal dapat handbag baru! aku pesan, nak beli, sila beli dari forever21, sebab baru neh terjatuh cinta dengan handbag di sana. skandal? NOOOOOOOO! bukan skandal oke? walaupun dah berpisah, kitorang masih berhubung dan berkawan. sape cakap bila putus kena hilang terus? itu cerita klasikkk. sekarang zaman millenium. pun begitu, kami tidak bersama seperti dulu kala. oke, berhenti topik neh.

aku bukan nak bercakap pasal doktor hemsem di jabatan pembedahan. dan aku bukan nak cakap pasal kawan baik aku yang terbaru. aku nak bercerita pasal setiap saiko yang datang dalam hidup aku. setiap orang saiko yang menyusahkan hidup aku. aku tak sure kenapa hidup aku neh asyik terserempak dengan saiko je. malang sungguh. macam-macam jenis aku jumpa. yang sanggup bersumpah, yang sanggup bohong mak bapak dia mati kemalangan, yang syok sendiri, dan yang ah, macam-macam. nak cerita dalam satu entry, memang maha panjang. aku pun nanti tak larat nak menaip berjela-jela, dan korang pun mesti tak termampu nak tatap lama-lama. korang tunggu aje la malam nanti, aku publish.

sejak single, credit pun laju je jalan. banyak yang tanya, lelaki macam mana yang aku cari? honestly, i am not looking for any. tapi kalau anda nak mengorat saya disini, jadilah diri sendiri. cuma ingin dinyatakan ia, sangat mengambil masa. dan sila jangan terlalu mengharap. bukan soal hati aku telah di reserved atau sebagai nya. cuma, ye la, ada jodoh, ada lah. orang cakap aku high-maintenance. nak sangkal, takdelah. nak mengaku ye, pun tidak. lebih kurang. kot? tapi bukan menjurus ke tahap pisau cukur. tidak tidak tidak. sama sekali tidak. cuma aku benci lelaki yang ego, yang tak gentle, dan tak presentable. dan paling penting, aku tak suka lelaki yang suka berlagak. menyampah!

1 comments:

::cdot the dot:: said...

dia kacau u lagi ke yang???

Related Posts with Thumbnails