Tuesday, October 5, 2010

Haters are confused admirers.

pernah tak anda "diintip" oleh mereka-mereka yang anda sendiri tak berapa nak kenal. yang tak berkepentingan, dan yang anda rasa malas nak ambil port pun? tapi tapi tapi, mereka ini tak putus-putus nak ikuti setiap perkembangan anda. setiap apa yang anda buat, dengan siapa anda kawan, dan semua tentang anda. katanya, benci... tapi lagaknya, macam peminat setia pulak.

hairan!

aku kalau benci, dan meluat, aku "ludah" aje. takde pulak saiko nak intip nak buang masa ikuti perkembangan orang yang kita dah pun ludah tu. buat apa la kan, nak jadi saiko gitu. buang masa buat macam-macam jenis akaun, semata nak hendap kita. euwwwww! serius gila! sakit jiwa! terfikir jugak aku, mungkin dengan stalk orang-orang tertentu neh buat hidup mereka neh lebih bermakna.

ye la, nyatanya... they dont have anything to do, hidup terlalu bosan, dan orang-orang disekeliling tak mempedulikan mereka neh. senang cakap, kurang kasih sayang dan perhatian! salah satu cara untuk tarik perhatian, adalah dengan mengada-adakan cerita, mintak smpati dan perhatian, seterusnya menganggap bahawa diri semua orang buruk seperti dirinya.

tapi, nak buat macam mana kan? kita bukan boleh hentikan orang tak waras macam tu. satu-satunya ubat untuk diorang, adalah dengan berjumpa dengan pakar sakit jiwa, dan ambil ubat penenang jiwa. itu je la jalan penyelesaian. tapi macam mana nak selesai, sebab orang gila mana yang pernah mengaku diri sendiri gila. kan? kan? jadi... masalah tak selesai lagi. ah, persetankan aje mereka neh...

simpati pada orang yang berdampingan dengan mereka ini. sangat simpati. lebih-lebih lagi yang berhubungan darah dengan mereka. sangat memalukan! ;)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails