Wednesday, October 6, 2010

Resepi : Laksa Penang


alamak, dari minggu lepas berjanji dengan cik Yatt, nak publish resepi Laksa Penang. tapi terlupa terus. sampai petang tadi, beliau tanya mana resepi tersebut. mintak ampun Yatt sayang. i serius lupa!

*gambar snap dari Laksa di Oldtown White Coffee.

aku rasa, resepi laksa sama je kot dengan tempat-tempat lain, selain Johor dan Sarawak. tak tahulah kalau ada yang cakap tak sama. okey, jangan melalut, nanti cik Yatt marah, mana resepinya tak sampai-sampai lagi!
Bahan-bahan:  (kalau untuk 3-4 orang)

-5-6 ekor ikan sebesar saiz dua jengkal tangan anda. (pilihan ikan mengikut jenis kesukaan anda)
-sardin tin
-air
-serbuk cili dan sedikit cili merah yang telah dikisar
-bunga kantan
-daun kesum
-daun pudina
-asam keping
-jus asam jawa
-garam
-ajinamoto

Cara-caranya:

*ikan direbus, dan diasingkan isi daripada tulangnya. kemudian blend isi dan tulang ikan secara berasingan. untuk tulang ikan yang telah dikisar, tapiskan tulang yang telah hancur, supaya ia tidak bercampur sekali ke dalam isi ikan yang telah dikisar. masukkan semua ke dalam periuk. campurkan air mengikut jumlah kepekatan kuah yang anda mahukan.

*sardin tin, diambil isi ikan sardin tin tersebut, dan lenyekkan secara kasar. kemudian campurkan ke dalam periuk tadi.

* buka api, masukkan daun pudina, daun kesum, bunga kantan, asam keping, sedikit jus asam jawa, cili merah, cili serbuk, garam dan ajinamoto (semuanya mengikut secukup rasa). tutup api apabila mendidih.

Bahan-bahan Hiasan:

-bawang merah
-nenas
-daun pudina
-daun salad
-timun
-bunga kantan
-cili pada/merah
-asam limau
-telur rebus <-- laksa ori penang tak menggunakan telur rebus ye.

dan, paling penting, sila jangan lupa beli Laksa untuk direbus. lol~ selamat mencuba.

7 comments:

Yatt Atasinchi said...

ha3!!!! thanks a l0t yunk!!! akn ku cb resepi mu itu..ku sndiri kecur t'tb bl m'lht gmbr laksa 2..ad0yai!!! ngidam ni..t0ink2!!

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Just on time!!! Baru je crita2 psl laksa penang dgn member tadi tetiba Fie publish resepi ni..thankss...jgn delete ya..one day nk cuba la.

Fariza Yani Badri said...

fie, sedap ke respi hang ni?
kalau tk sdp aku mls nk try haha

fie said...

yatt: ala, gmbr laksa tu x menarik sgt. sbb bukan laksa i. hahaha. i makan laksa kat oldtown, lepas tu i snap. cepat buat yunk

fie said...

kak sama: ok akak. x delete, ada je neh. selamat mencuba nnt ek.

fie said...

za: ko memang kacang lupakan kulit kan za kan? time ko berpantang dulu, bkn main ko mintak aku gi umah ko masak laksa lepas pantang. lupa lah tuuuuuuuuuuuu. tampo kang

Fariza Yani Badri said...

fie; skng ni aku tk heran dah ngn laksa hahahah, tp tkpela nnt ade ms aku akn try respi ni, mane yg perlu di kritik aku kritik ok!

Related Posts with Thumbnails