Monday, October 4, 2010

Stalker yang Super Saiko [Part I]

aku tak faham kenapa asyik nak terserempak dengan budak-budak saiko. yang peliknya, budak-budak super saiko neh sanggup buat apa saja untuk berdrama. ber-sumpah wallah, buat cerita bukan-bukan, memang tinggi tahap imaginasi diorang neh. kalau jadi penerbit filem tu, kira meletop-letop lah movie diorang. kalau jadi pelakon, maka diorang diyakini akan berada di atas karpet merah, untuk terima trofi Grammy Award gitu. diorang? uh, memanglah, lebih dari satu. tapi aku tak nak cerita setiap dari mereka. nak pilih dua orang je. dua orang yang betul-betul kalau dibawa pergi tanjung rambutan, kompom akan menjadi penghuni tetap hospital bahagia tersebut. percayalah, jalan cerita yang bakal anda baca sebentar lagi, sememangnya benar-benar terjadi, dan bersaksikan rakan-rakan karib aku.

mulakan dengan seorang saiko lelaki bernama D. kalau korang tengok fizikalnya, handsome, berduit, kelakar, dan paling penting, nampak normal! kami sekadar kawan biasa je, tak lebih dari tu. pun begitu, dia berkali-kali jugak meluahkan rasa hatinya, pada aku, walaupun dia merupakan kawan kepada bf aku ketika itu, A. kes kawan makan kawan la neh. mula-mula memang aku marahkan dia, tapi selepas A hairan dengan perlakuan aku, jadi aku pun berlagak biasa, macam takde apa-apa yang berlaku. satu hari, ketika melepak bersama kawan baik aku N, budak saiko D pun turut berada sekali. dia sekali lagi cuba meluahkan rasa hati, kali ini secara berdepan. aku berang dan menolak sekeras-kerasnya. hari berikutnya, dia boleh buat muka selamba bersembang dengan aku dan bf ku, macam tak bersalah langsung!

aku geram, dan malas nak bercakap dengan beliau. dan selepas itu, terus blocked beliau dari hidup aku, tanpa memberitahu bf aku A, yang rakannya D cuba memikat aku. selepas dua minggu, aku terima sms dari A, katanya kami perlu berbincang. sedikir kaget disitu kerana biasanya dia tidak pernah seserius begitu. aku tanya pada A, apa yang serius sangat? katanya, D memberitahunya, bahawa aku dan D ber-skandal dibelakang dia. tapi, A lebih percayakan aku, kerana dia tahu aku bukan seperti yang dikata. jadi, aku ajak kawan baik aku N untuk menceritakan pada A, apa yang terjadi sebenar-benarnya. A memanggil D, dan memainkan peranan seperti peguam, tanya itu ini. tapi saiko macam D neh, sanggup bersumpah dengan nama Allah untuk memanipulasi cerita. apa dia fikir, kalau A tinggalkan aku, aku akan bersama dengan dia? namun, aku bernasib baik kerana D pernah cuba memikat aku dihadapan kawan-kawan aku yang lain. selepas terkantoi dengan semua orang, D terus menghilang, lenyap, dan lesap. tak ada berita darinya. dan ceritanya terhenti di situ.

satu hari, setelah berbulan-bulan, aku terima satu message di myspace, oleh lelaki yang tak dikenali, mengatakan bahawa aku telang menipu dan curang dengannya. aku blur...

(akan bersambung...)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails