Saturday, October 16, 2010

Apa korang rasa, kalau begini.

aku macam tak berapa nak suka update blog sekarang. sebab takde passion dengan blog baru neh. hati dan fikiran meronta-ronta untuk kembali meng-aktifkan semula blog lama, sebab itulah blog kesayangan. tapi korang tahu kan, isu perempuan perangai huduh nak mampos, yang asyik nak mengintip dan mengendap tak habis. dan aku rasa, kepala otak gila dia tu memang serius takkan berhenti. jadi, untuk apa lagi aku nak tukar sana sini macam masyarakat nomad aje, sibukkan orang gila meroyan macam tu.

itu intro nye la. motif entry neh?

aku, nak tanya, patut tak aku kembali ke blog lama semula?

Friday, October 15, 2010

Bila Otak Kekejangan

yes. bila otak terasa kejang, maka, idea yang dulu bertimbun di kepala terasa hilang. sebab tu aku dah jarang mengadap depan blog. takde benda nak disebarkan. aku baru je berangan nak bercuti konon-konon dengan cik Azie hujung tahun neh, dah pulak si Dr. Eric cakap, operation 22hb 12 yer? adoiii. apa pasal lambat sangat wahai encik pakar? nampak gayanya tunda lagi percutian. oh, pasrah!

Monday, October 11, 2010

Foto-Gedik!






aha, dah lama tak publish dan meng-glamorkan diri sendiri di blog sendiri. haha. persetankan aje la super saiko yang hidupnya ibarat membazirkan oksigen. i am back to normal! yes, yes, yes! baru-baru neh aku tak berapa nak stim ber-blog, dan online. ke hulu ke hilir. last saturday pergi kedah secara tiba-tiba. biasalah, abah suka betul bersiar-siar tanpa arah tuju. lepas keluar dari jambatan pulau pinang, terus je beliau menghala ke kedah. tak tanya banyak, ikut aje la. jadi, buat julung-julung kalinya, selepas 3 bulan, ini adalah foto kedua yang di captured, sejak sebelum ramadhan lagi. maka ke-gedikan bergambar jelas terpancar menyinar di ekspresi muka itu.

okey, sekian saje entry ntah hapa-hapa kali ini. aku nak away, ambil ilham kejap. oh ye, kan tadi dah cakap, saya telah kembali normal seperti sedia kala, kan? jadi, nantikan aje la entry akan datang yang seperti di Lipstick & Mirror dahulu. ;)

Saturday, October 9, 2010

Kenapa Toyol Tak Boleh Rompak Bank?

dua hari yang memenatkan. ke hulu ke hilir. ke sana ke mari. siang tadi ke Kedah, jalan-jalan, pusing sampai petang.balik rumah terus ambil set make up, bergerak pulak ke rumah abang aku. kakak ipar nak gi dinner company nye. jadi, aku diminta menjadi mak andam. ;)

okey, time makan Mee Ketam petang tadi, abah tanya satu soalan yang buat aku berfikir tak habis-habis sampai sudah. korang boleh tolong jawab tak, "Kenapa Toyol Tak Boleh Rompak Bank?" sebab, pengawalan ketat? teknologi canggih sangat? atau beliau tak kalis dinding besi? atau , ah, banyak sangat atau... korang jawab kemusykilan aku boleh?

ye la, apa nak ditakutkan, toyol tu mana ada smart card. mana boleh dapat finger print, mana nak cari DNA, dan masih, banyak orang cakap, ada manusia-manusia durjana yang membela toyol untuk curi duit. ataupun kan, aku suspek toyol sangat bijak kot? ye la, kang mencuri duit bank, nombor siri duit tersebut dikenalpasti, maka akan terkantoilah pemiliknya.

ha, sape boleh jawab? sila lah... jangan segan-segan.

Thursday, October 7, 2010

Apa rasanya, jika lelaki menyarung lampin selama seminggu setiap bulan?

orang lelaki suka betul mengeluh, konon-konon, bila wanita neh ber-PMS, mesti nak moody mesti nak naik darah. bebal tak menentu! oh, ye... dulu-dulu zaman awal remaja, aku memang tak mampu nak kawal mood bila PMS. ye la, akal baru sejengkal, mana nak tau macam mana cara nak hindarkan kesakitan semasa PMS. lalu tak terkawal lah perasaan tersebut.

btw, tak semua wanita mengalami kesakitan semasa haid. dan tak semua moody semasa haid. kenapa mesti moody?

sebab sakit tahap maksima, lepas tu datang pulak pertanyaan maha kurang bijak, atau perlakuan yang mengguris. jadinya, mood meletus meletup membakar. tambah pulak jenis ada yang nak mengada time kita tengah tahan sakit neh. dirasakan macam, wanita tengah bersalin, lepas tu korang approach dan tanya beliau yang tengah meneran tu, "tumpang tanya, macam mana nak masak Mee Bandung yer?"

oh, memang tak logik. tak langsung!

justeru, fahamilah kesakitan yang ditanggung wanita semasa PMS. ada yang demam, ada yang muntah-muntah, ada yang berguling-guling. and as for myself, kaki menjadi kejang, perut rasa tegang, dan badan mengeletar. kejap panas kejap sejuk. tak menentu kondisi badan. berpeluh-peluh. memang seksa. dah kira baguslah kaum lelaki tak perlu rasa semua kesakitan neh. cuba bayangkan, anda menghabiskan masa seminggu, menyarung tuala wanita. cubalah... cuba, cuba!

Tomyam Campur Tumis.




tomyam adalah kegemaran saya! tapi bukan tomyam rebus, okey? tomyam tumis. bermaksud, kita perlu menumis bahan-bahanya terlebih dahulu dengan sedikit minyak. entry ini pun di request oleh orang bujang jugak. tapi macam biasalah, Amnesia... kalau tak diingatkan kompom lupa lagi. nampak rich kan, ramuan nye? puas makan!!! kalau kat kedai tu, berapa ketul sangatlah diorang letak ayam. masak sendiri lagi puas!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk semangkuk Tomyam Tumis: (seperti di atas) hidangan untuk 2 org

-dua setengah sudu besar minyak masak.
-sebungkus Tomyam Paste Adabi (bukan kiub ye...kiub tak sedap!)
-semangkuk air rebusan daging/ayam/udang
-sebatang serai ditumbuk kasar
-3-4 helai daun limau purut
-sebiji asam limau
-seafood
-sebiji tomato bersaiz besar dipotong 4
-carrot dipotong kasar
-sebiji bawang merah dihiris kasar
-seulas bawang putih ditumbuk kasar
-beberapa biji cili padi di tumbuk kasar (penggunaan mengikut tahap kepedasan yg anda mahukan)
-fish ball & fish cake (optional)
-cendawan (optional)

Cara-caranya:

panaskan minyak. masukkan sebungkus tomyam paste, serai, cili padi, dan bawang putih. tumis sehingga naik baunya. kemudian, campurkan semangkuk air, dan masukkan bahan-bahan seafood, fish ball, fish cake, dan cendawan. tunggu sehingga sedikit mendidih, masukkan pula bawang merah, carrot, tomato, daun limau purut, perah asam limau, dan garam secukup rasa. siap dihidangkan!

tomyam campur tersebut boleh dimakan dengan nasi, mee, bihun, mahupun kueh teow!

Wednesday, October 6, 2010

Resepi : Laksa Penang


alamak, dari minggu lepas berjanji dengan cik Yatt, nak publish resepi Laksa Penang. tapi terlupa terus. sampai petang tadi, beliau tanya mana resepi tersebut. mintak ampun Yatt sayang. i serius lupa!

*gambar snap dari Laksa di Oldtown White Coffee.

aku rasa, resepi laksa sama je kot dengan tempat-tempat lain, selain Johor dan Sarawak. tak tahulah kalau ada yang cakap tak sama. okey, jangan melalut, nanti cik Yatt marah, mana resepinya tak sampai-sampai lagi!
Bahan-bahan:  (kalau untuk 3-4 orang)

-5-6 ekor ikan sebesar saiz dua jengkal tangan anda. (pilihan ikan mengikut jenis kesukaan anda)
-sardin tin
-air
-serbuk cili dan sedikit cili merah yang telah dikisar
-bunga kantan
-daun kesum
-daun pudina
-asam keping
-jus asam jawa
-garam
-ajinamoto

Cara-caranya:

*ikan direbus, dan diasingkan isi daripada tulangnya. kemudian blend isi dan tulang ikan secara berasingan. untuk tulang ikan yang telah dikisar, tapiskan tulang yang telah hancur, supaya ia tidak bercampur sekali ke dalam isi ikan yang telah dikisar. masukkan semua ke dalam periuk. campurkan air mengikut jumlah kepekatan kuah yang anda mahukan.

*sardin tin, diambil isi ikan sardin tin tersebut, dan lenyekkan secara kasar. kemudian campurkan ke dalam periuk tadi.

* buka api, masukkan daun pudina, daun kesum, bunga kantan, asam keping, sedikit jus asam jawa, cili merah, cili serbuk, garam dan ajinamoto (semuanya mengikut secukup rasa). tutup api apabila mendidih.

Bahan-bahan Hiasan:

-bawang merah
-nenas
-daun pudina
-daun salad
-timun
-bunga kantan
-cili pada/merah
-asam limau
-telur rebus <-- laksa ori penang tak menggunakan telur rebus ye.

dan, paling penting, sila jangan lupa beli Laksa untuk direbus. lol~ selamat mencuba.

Related Posts with Thumbnails