Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

Apa rasanya, jika lelaki menyarung lampin selama seminggu setiap bulan?

orang lelaki suka betul mengeluh, konon-konon, bila wanita neh ber-PMS, mesti nak moody mesti nak naik darah. bebal tak menentu! oh, ye... dulu-dulu zaman awal remaja, aku memang tak mampu nak kawal mood bila PMS. ye la, akal baru sejengkal, mana nak tau macam mana cara nak hindarkan kesakitan semasa PMS. lalu tak terkawal lah perasaan tersebut.

btw, tak semua wanita mengalami kesakitan semasa haid. dan tak semua moody semasa haid. kenapa mesti moody?

sebab sakit tahap maksima, lepas tu datang pulak pertanyaan maha kurang bijak, atau perlakuan yang mengguris. jadinya, mood meletus meletup membakar. tambah pulak jenis ada yang nak mengada time kita tengah tahan sakit neh. dirasakan macam, wanita tengah bersalin, lepas tu korang approach dan tanya beliau yang tengah meneran tu, "tumpang tanya, macam mana nak masak Mee Bandung yer?"

oh, memang tak logik. tak langsung!

justeru, fahamilah kesakitan yang ditanggung wanita semasa PMS. ada yang demam, ada yang muntah-muntah, ada yang berguling-guling. and as for myself, kaki menjadi kejang, perut rasa tegang, dan badan mengeletar. kejap panas kejap sejuk. tak menentu kondisi badan. berpeluh-peluh. memang seksa. dah kira baguslah kaum lelaki tak perlu rasa semua kesakitan neh. cuba bayangkan, anda menghabiskan masa seminggu, menyarung tuala wanita. cubalah... cuba, cuba!

Related Posts with Thumbnails