Thursday, October 7, 2010
Tomyam Campur Tumis.
tomyam adalah kegemaran saya! tapi bukan tomyam rebus, okey? tomyam tumis. bermaksud, kita perlu menumis bahan-bahanya terlebih dahulu dengan sedikit minyak. entry ini pun di request oleh orang bujang jugak. tapi macam biasalah, Amnesia... kalau tak diingatkan kompom lupa lagi. nampak rich kan, ramuan nye? puas makan!!! kalau kat kedai tu, berapa ketul sangatlah diorang letak ayam. masak sendiri lagi puas!
Bahan-bahan yang diperlukan untuk semangkuk Tomyam Tumis: (seperti di atas) hidangan untuk 2 org
-dua setengah sudu besar minyak masak.
-sebungkus Tomyam Paste Adabi (bukan kiub ye...kiub tak sedap!)
-semangkuk air rebusan daging/ayam/udang
-sebatang serai ditumbuk kasar
-3-4 helai daun limau purut
-sebiji asam limau
-seafood
-sebiji tomato bersaiz besar dipotong 4
-carrot dipotong kasar
-sebiji bawang merah dihiris kasar
-seulas bawang putih ditumbuk kasar
-beberapa biji cili padi di tumbuk kasar (penggunaan mengikut tahap kepedasan yg anda mahukan)
-fish ball & fish cake (optional)
-cendawan (optional)
Cara-caranya:
panaskan minyak. masukkan sebungkus tomyam paste, serai, cili padi, dan bawang putih. tumis sehingga naik baunya. kemudian, campurkan semangkuk air, dan masukkan bahan-bahan seafood, fish ball, fish cake, dan cendawan. tunggu sehingga sedikit mendidih, masukkan pula bawang merah, carrot, tomato, daun limau purut, perah asam limau, dan garam secukup rasa. siap dihidangkan!
tomyam campur tersebut boleh dimakan dengan nasi, mee, bihun, mahupun kueh teow!
Posted by fie at 10/07/2010 12:43:00 PM 3 comments
Labels: Resepi
Wednesday, October 6, 2010
Resepi : Laksa Penang
aku rasa, resepi laksa sama je kot dengan tempat-tempat lain, selain Johor dan Sarawak. tak tahulah kalau ada yang cakap tak sama. okey, jangan melalut, nanti cik Yatt marah, mana resepinya tak sampai-sampai lagi!
Bahan-bahan: (kalau untuk 3-4 orang)
-5-6 ekor ikan sebesar saiz dua jengkal tangan anda. (pilihan ikan mengikut jenis kesukaan anda)
-sardin tin
-air
-serbuk cili dan sedikit cili merah yang telah dikisar
-bunga kantan
-daun kesum
-daun pudina
-asam keping
-jus asam jawa
-garam
-ajinamoto
Cara-caranya:
*ikan direbus, dan diasingkan isi daripada tulangnya. kemudian blend isi dan tulang ikan secara berasingan. untuk tulang ikan yang telah dikisar, tapiskan tulang yang telah hancur, supaya ia tidak bercampur sekali ke dalam isi ikan yang telah dikisar. masukkan semua ke dalam periuk. campurkan air mengikut jumlah kepekatan kuah yang anda mahukan.
*sardin tin, diambil isi ikan sardin tin tersebut, dan lenyekkan secara kasar. kemudian campurkan ke dalam periuk tadi.
* buka api, masukkan daun pudina, daun kesum, bunga kantan, asam keping, sedikit jus asam jawa, cili merah, cili serbuk, garam dan ajinamoto (semuanya mengikut secukup rasa). tutup api apabila mendidih.
Bahan-bahan Hiasan:
-bawang merah
-nenas
-daun pudina
-daun salad
-timun
-bunga kantan
-cili pada/merah
-asam limau
-telur rebus <-- laksa ori penang tak menggunakan telur rebus ye.
dan, paling penting, sila jangan lupa beli Laksa untuk direbus. lol~ selamat mencuba.
Posted by fie at 10/06/2010 07:45:00 PM 7 comments
Labels: Resepi
Tuesday, October 5, 2010
Haters are confused admirers.
pernah tak anda "diintip" oleh mereka-mereka yang anda sendiri tak berapa nak kenal. yang tak berkepentingan, dan yang anda rasa malas nak ambil port pun? tapi tapi tapi, mereka ini tak putus-putus nak ikuti setiap perkembangan anda. setiap apa yang anda buat, dengan siapa anda kawan, dan semua tentang anda. katanya, benci... tapi lagaknya, macam peminat setia pulak.
hairan!
aku kalau benci, dan meluat, aku "ludah" aje. takde pulak saiko nak intip nak buang masa ikuti perkembangan orang yang kita dah pun ludah tu. buat apa la kan, nak jadi saiko gitu. buang masa buat macam-macam jenis akaun, semata nak hendap kita. euwwwww! serius gila! sakit jiwa! terfikir jugak aku, mungkin dengan stalk orang-orang tertentu neh buat hidup mereka neh lebih bermakna.
ye la, nyatanya... they dont have anything to do, hidup terlalu bosan, dan orang-orang disekeliling tak mempedulikan mereka neh. senang cakap, kurang kasih sayang dan perhatian! salah satu cara untuk tarik perhatian, adalah dengan mengada-adakan cerita, mintak smpati dan perhatian, seterusnya menganggap bahawa diri semua orang buruk seperti dirinya.
tapi, nak buat macam mana kan? kita bukan boleh hentikan orang tak waras macam tu. satu-satunya ubat untuk diorang, adalah dengan berjumpa dengan pakar sakit jiwa, dan ambil ubat penenang jiwa. itu je la jalan penyelesaian. tapi macam mana nak selesai, sebab orang gila mana yang pernah mengaku diri sendiri gila. kan? kan? jadi... masalah tak selesai lagi. ah, persetankan aje mereka neh...
simpati pada orang yang berdampingan dengan mereka ini. sangat simpati. lebih-lebih lagi yang berhubungan darah dengan mereka. sangat memalukan! ;)
Posted by fie at 10/05/2010 04:53:00 PM 0 comments
Labels: Life, Macam-macam, People
Monday, October 4, 2010
Stalker yang Super Saiko [Part I]
aku tak faham kenapa asyik nak terserempak dengan budak-budak saiko. yang peliknya, budak-budak super saiko neh sanggup buat apa saja untuk berdrama. ber-sumpah wallah, buat cerita bukan-bukan, memang tinggi tahap imaginasi diorang neh. kalau jadi penerbit filem tu, kira meletop-letop lah movie diorang. kalau jadi pelakon, maka diorang diyakini akan berada di atas karpet merah, untuk terima trofi Grammy Award gitu. diorang? uh, memanglah, lebih dari satu. tapi aku tak nak cerita setiap dari mereka. nak pilih dua orang je. dua orang yang betul-betul kalau dibawa pergi tanjung rambutan, kompom akan menjadi penghuni tetap hospital bahagia tersebut. percayalah, jalan cerita yang bakal anda baca sebentar lagi, sememangnya benar-benar terjadi, dan bersaksikan rakan-rakan karib aku.
mulakan dengan seorang saiko lelaki bernama D. kalau korang tengok fizikalnya, handsome, berduit, kelakar, dan paling penting, nampak normal! kami sekadar kawan biasa je, tak lebih dari tu. pun begitu, dia berkali-kali jugak meluahkan rasa hatinya, pada aku, walaupun dia merupakan kawan kepada bf aku ketika itu, A. kes kawan makan kawan la neh. mula-mula memang aku marahkan dia, tapi selepas A hairan dengan perlakuan aku, jadi aku pun berlagak biasa, macam takde apa-apa yang berlaku. satu hari, ketika melepak bersama kawan baik aku N, budak saiko D pun turut berada sekali. dia sekali lagi cuba meluahkan rasa hati, kali ini secara berdepan. aku berang dan menolak sekeras-kerasnya. hari berikutnya, dia boleh buat muka selamba bersembang dengan aku dan bf ku, macam tak bersalah langsung!
aku geram, dan malas nak bercakap dengan beliau. dan selepas itu, terus blocked beliau dari hidup aku, tanpa memberitahu bf aku A, yang rakannya D cuba memikat aku. selepas dua minggu, aku terima sms dari A, katanya kami perlu berbincang. sedikir kaget disitu kerana biasanya dia tidak pernah seserius begitu. aku tanya pada A, apa yang serius sangat? katanya, D memberitahunya, bahawa aku dan D ber-skandal dibelakang dia. tapi, A lebih percayakan aku, kerana dia tahu aku bukan seperti yang dikata. jadi, aku ajak kawan baik aku N untuk menceritakan pada A, apa yang terjadi sebenar-benarnya. A memanggil D, dan memainkan peranan seperti peguam, tanya itu ini. tapi saiko macam D neh, sanggup bersumpah dengan nama Allah untuk memanipulasi cerita. apa dia fikir, kalau A tinggalkan aku, aku akan bersama dengan dia? namun, aku bernasib baik kerana D pernah cuba memikat aku dihadapan kawan-kawan aku yang lain. selepas terkantoi dengan semua orang, D terus menghilang, lenyap, dan lesap. tak ada berita darinya. dan ceritanya terhenti di situ.
satu hari, setelah berbulan-bulan, aku terima satu message di myspace, oleh lelaki yang tak dikenali, mengatakan bahawa aku telang menipu dan curang dengannya. aku blur...
(akan bersambung...)
Posted by fie at 10/04/2010 10:44:00 PM 0 comments
Labels: Life, Macam-macam, People
doktor hemsem, handbag baru, dan pilihan saya. ;)
lama tak update blog. busy ke hulu ke hilir. sambil-sambil menunggu hari Rabu yang sangat menakutkan. dan jugak menyakitkan. tapi, terasa sedikit lega bila dapat tatap muka doktor-doktor yang hemsem lagi bergaya dengan sepuas-puasnya. ahaha. ambillah spesimen apa pun, saya rela!!!!! auwwwww. oke, fine... tutup cerita doktor, kita singkap topik lain. semalam aku teruja, sebab bakal dapat handbag baru! aku pesan, nak beli, sila beli dari forever21, sebab baru neh terjatuh cinta dengan handbag di sana. skandal? NOOOOOOOO! bukan skandal oke? walaupun dah berpisah, kitorang masih berhubung dan berkawan. sape cakap bila putus kena hilang terus? itu cerita klasikkk. sekarang zaman millenium. pun begitu, kami tidak bersama seperti dulu kala. oke, berhenti topik neh.
aku bukan nak bercakap pasal doktor hemsem di jabatan pembedahan. dan aku bukan nak cakap pasal kawan baik aku yang terbaru. aku nak bercerita pasal setiap saiko yang datang dalam hidup aku. setiap orang saiko yang menyusahkan hidup aku. aku tak sure kenapa hidup aku neh asyik terserempak dengan saiko je. malang sungguh. macam-macam jenis aku jumpa. yang sanggup bersumpah, yang sanggup bohong mak bapak dia mati kemalangan, yang syok sendiri, dan yang ah, macam-macam. nak cerita dalam satu entry, memang maha panjang. aku pun nanti tak larat nak menaip berjela-jela, dan korang pun mesti tak termampu nak tatap lama-lama. korang tunggu aje la malam nanti, aku publish.
sejak single, credit pun laju je jalan. banyak yang tanya, lelaki macam mana yang aku cari? honestly, i am not looking for any. tapi kalau anda nak mengorat saya disini, jadilah diri sendiri. cuma ingin dinyatakan ia, sangat mengambil masa. dan sila jangan terlalu mengharap. bukan soal hati aku telah di reserved atau sebagai nya. cuma, ye la, ada jodoh, ada lah. orang cakap aku high-maintenance. nak sangkal, takdelah. nak mengaku ye, pun tidak. lebih kurang. kot? tapi bukan menjurus ke tahap pisau cukur. tidak tidak tidak. sama sekali tidak. cuma aku benci lelaki yang ego, yang tak gentle, dan tak presentable. dan paling penting, aku tak suka lelaki yang suka berlagak. menyampah!
Posted by fie at 10/04/2010 02:59:00 PM 1 comments
Labels: Life, Macam-macam
Saturday, October 2, 2010
the best song that describe myself.
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye
Even with our fists held high
It never would have work out right, yeah
We were never meant for do or die
I didn't want us to burn out
I didn't come here to hurt you now I can't stop
[Chorus]
I want you to know
That it doesn't matter
Where we take this road
But someone's gotta go
And I want you to know
You couldn't have loved me better
But I want you to move on
So I'm already gone
Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you wanna cry
It started with the perfect kiss then
We could feel the poison set in
"Perfect" couldn't keep this love alive
You know that I love you so
I love you enough to let you go
[Chorus]
You can't make it feel right
When you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on
So I'm already gone
Ahhh already gone, already gone, already gone
Ahhh already gone, already gone, already gone
Remember all the tings we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye
[Chorus]
You can't make it feel right
When you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on
So I'm already gone
Posted by fie at 10/02/2010 01:55:00 PM 0 comments
Friday, October 1, 2010
Minta Maaf, Saya Tidak Berlaku Jujur Dengan Anda Semua. Saya Sudah Single
setelah lebih kurang 2 bulan berkrisis dengan diri sendiri, tiba-tiba malam neh, aku ada guts untuk mengisytiharkan bahawasanya, AKU SINGLE.
yes, yes yes. you heard me.
korang pun tahu cerita dari blog lama aku, pasal beberapa krisis dan jalan cerita yang ibarat filem. aku bukan sangat open tentang semua neh. nak bercerita tentang cinta jarang, nak bercerita tentang perpisahan, lagilah susah terasa.
okey, sebelum korang tanya aku kenapa, baik aku explain terus. tak best lah kan, bagitau single, tapi tak bagitau sebabnya. berpisah kerana, keterpaksaan dia berada di hujung dunia. okey, kat mana hujung dunia tersebut? tak payah tahu. sesi soal jawab di tutup. jadi jangan tanya dengan lebih lanjut lagi.
orang cakap, kalau ada jodoh tu tak ke mana. dan kalau takde jodoh, bercinta selama 10 tahun pun, tetap akan berpisah. kan? kan? sila jangan cakap anda bersimpati okey? sebab serius aku tak suka dengar ayat tersebut. nyatakan saja benda yang indah untuk di dengar.
disini, ingin aku rakamkan jutaan terima kasih, buat mereka-mereka yang sentiasa mendengar; Emy, Azie, Khang, Yong, Hafiz, Cdot, Noit, Mierul, Ziela dan cousin tersayang, milia. dan terima kasih untuk dia yang selalu menjaga aku walaupun selepas berpisah.
Posted by fie at 10/01/2010 09:27:00 PM 12 comments



