Wednesday, September 29, 2010

OUCH!~



there are million words i would like to say, but let me narrow it down to only three...

itu sangat menyakitkan.

saya telah jatuh cinta.



okey okey okey. aku nak confess. sekarang neh memang tengah meng-angau kan sorang mamat neh. ghiler comel. geram je aku tengok. rasa nak terkam. wakakaka. tambah pulak bila dia pegang gitar, buat jantung berdegup kencang. adoiiii. tolonglah cintakan saya in return, please please please?
i love you, Paolo Sousa.


klik di sini untuk video lagu Fall For You nyanyian beliau. sambil pejam mata dan bayangkan, konon-konon beliau nyanyikan lagu tersebut khas buat aku. sekian.

Tuesday, September 28, 2010

Life Lesson #1 : Jangan menipu, nanti kantoi.

tiba-tiba je nak buat edisi pengajaran di sini. ghiler. tak idea aku nak ber-blog setelah sekian lama tak menghadap blogspot. tapi takpe, hari neh aku ada masa yang sangat banyak nak melalut dan merepek. sila buka mata seperti lampu vespa, untuk perenggan berikutnya.

siapa yang tak pernah menipu, cepat mengaku ?! bohonglah kalau korang cakap, sekalipun tak pernah menipu. kita manusia biasa, bukan sempurna. lelaki perempuan sama je. tapi kalau nak tipu tu, janganlah tipu benda yang besar-besar dan bukan-bukan. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. tapi, orang sekarang neh, yang lecehnya, bila dah terkantoi menipu, dia tak nak mengaku. lebih teruk, dia cipta pulak satu cerita lain, untuk menyokong penipuan dia yang lepas, dan melepaskan diri dari terkantoi. dasat, bukan?

kita hidup dalam dunia neh bukan berseorangan. kita kongsi menghirup udara dengan makhluk tuhan yang lain. daripada anda nak hidup susah, kerana perlu ingat setiap pembohongan yang diberitahu, lebih baik anda relax je, tak perlu berbohong. jadi hidup tak perlu nak gusar.

(dedikasi buat 3 orang penipu terunggul yang pernah aku jumpa... anda tahu siapa anda!)

Monday, September 27, 2010

Main Gitar lagu neh, masyuk babe!

Wo ming bai Wo yao de ai
Hui ba wo chong huai
Xiang yi ge xiao hai Zhi dong zai ni huai li huai
Ni yao de ai Bu zhi she yi lai
Yao xiang ge da nan hai
Feng chui you ri sai
Sheng huo zi you zi zai

- Ni Yao De Ai -

Sunday, September 26, 2010

what a wonderful day!


sekian lama tak keluar dan tak tengok wayang. buat julung-julung kalinya, selepas hampir sebulan lebih "meringkuk" aku keluar jugak. 
tengok wayang 3D Legend of the Guardian. habis wayang, kepala pun sakit. sebab masalah "San Kuang", atau dalam bahasa, kita namakan Silau. double vision buat aku migraine terus.

tapi kalau dah wayang free, sape tak enjoy? kan? kan? 
dan perut diisi dengan Pizza Hut.
service teruk je. mungkin sebab tak ramai pekerja. jenuh jugak tunggu nak dapat menu.
tapi Lava Cheese sangat sangat mengiurkan.
tunggu aje la.

btw... korang suka ke, kalau nak order makan
kena tunggu lama-lama
macam kita neh bayar pakai duit thai bath je!
suka?

Friday, September 24, 2010

Kenapa dia tunjuk benda sulit, ye?

oh, tak faham aku. sangat tak faham. aku yang dah lama tak tengok tv, atau memang itu iklan baru? terlupa kejap iklan tuala wanita jenama apa. tapi, rasa macam tak boleh terima pulak, si Yuna neh maen loncat-loncat tunjuk tuala wanita. adoiiii. sangat kurang sopan rasanya.

Saya Kembali Menjadi Artist.

selama 4 tahun lamanya, meninggalkan terus bidang kegemaran. selama 4 tahun jugaklah, aku langsung terus melupakan sesuatu yang mengalir deras dalam darah dan nadi sendiri.

yes, aku kembali melukis, merakam dan mengabadikan pandangan melalui lukisan. satu kepuasan yang tak terhingga. esok, mahu serbu Popular, beli apa yang patut. apa lagi aku nak buat selepas doktor minta aku duduk diam-diam, apa lagi aku nak buat sementara nak tunggu hari untuk berehat selama 3 bulan selepas pembedahan? 

blog dan lukisan menjadi teman setia. uhuksss. selamat kembali dunia seni!

Related Posts with Thumbnails